Tuesday, 31 January 2012

Cinta Sejati

Cintakan bunga, bunga kan layu
Cintakan manusia, manusia kan mati
Cintakan dunia, dunia kan kau tinggalkan pergi
Cintakan Ilahi, cinta sejati

Puas sudah aku harungi
Hamparan dunia yang fana ini
Mencari sebutir permata cinta
Yang tak pudar sinarnya walau ditelan masa

Kini sinar-Mu mula menerangi
Mendung hatiku cerah kembali
Terpancarlah sinar suci di lubuk hati
Menerangi gelita jiwa

Awan mendung berarak pergi
Berganti sinar pancaran Ilahi
Tertautlah perasaan ini
Dengan cinta abadi cinta Ilahi

saifulislam.com

Thursday, 26 January 2012

Mencari dan mencari..

Beberapa hari ni saya search benda alah ni...Tissot Gents Touch Collection T-Touch Expert Watch. antara yang menarik perhatian..

ini....
atau
ini...

cantik kan? yang menariknya ia multifunction, ada compass, suhu, bacaan meter...dan byk lagi function

i know ada satu kedai jam kat Alamanda yang jual brand ni tapi harga dia mak ai...try nak beli online murah sikit tp nak cari trusted supplier. kalau boleh tau alamat kedai dia kat mana, siapa contact person yang boleh saya call dan confirm payment dan delivery..bila nak buat pembelian online saya sangat-sangat berhati-hati. hopefully saya berjaya mendapatkan benda ni untuk orang tersayang.....

Tuesday, 24 January 2012

Doa buat suamiku....

Tuhanku...
Aku berdoa untuk seorang lelaki,
Yang menjadi bahagian dalam hidupku
Seorang lelaki yang menjadi perisai diriku
Seorang lelaki yang meletakkan aku pada posisi keempat dalam hatinya
setelah Engkau, Rasul dan ibunya
Seorang lelaki yang hidup bukan untuk dirinya sendiri tetapi adalah untuk-Mu


Wajah tampan dan rupa fizikal tidaklah penting
Yang penting adalah sebuah hati
Yang sungguh mencintai dan dekat dengan-Mu
dan berusaha menjadikan sifat-sifat-Mu ada pada dirinya
dan dia mengetahui untuk siapa dan untuk apa dia hidup
sehingga hidupnya tidaklah sia-sia


Seorang lelaki yang memiliki hati yang cekal
Tidak hanya otak yang cerdas
Lelaki itu bukan hanya mencintaiku tetapi juga menghormatiku
Lelaki itu tidak hanya memujaku tetapi juga menasihatiku
ketika aku berbuat salah


Ku dambakan seorang lelaki yang mencintaiku
bukan kerana kecantikan tetapi kerana hatiku
Seorang lelaki yang dapat menjadi sahabat
terbaikku setiap waktu
Seorang yang dapat membuatku berasa menjadi wanita bertuah
ketika berada disisinya


Tuhanku....
Aku juga meminta
Jadikanlah aku wanita yang dapat membuatnya bangga
Berikan aku hati yang sungguh mencintai-Mu
Sehingga aku dapat mencintainya kerana anugerah cinta dari-Mu


Terima kasih Ya Allah,
aku telah temui lelaki itu.....


Shafiq Muzafar Bin Abdul Shukor


kelahirannya tanggal 24 Januari 1983 adalah satu rahmat
buat ahli keluarganya dan juga diriku
tanpa dia siapalah aku
kerana padanya cantuman tulang rusukku


24 Januari 2012,


Selamat ulang tahun kelahiran buat suamiku yang ke-29,
Semoga rahmat Allah sentiasa mengiringi perjalanan hidupmu
Semoga Allah melimpahi Rezeki seluasnya kepada keluarga kita
Amin.


~ Your Lovely Wife

Tuesday, 17 January 2012

Selamat hari lahir...emak


17 Januari 1949,

emak dilahirkan..
dibesarkan di kampung Parit Ya'ani, Yong Peng Johor
pabila dewasa emak disunting oleh abah menjadi suri hidupnya
emak melahirkan puteri-puteri dan seorang putera buat abah
9 orang semuanya..yang hidup sehingga kini. Alhamdulillah
sungguh emak hebat berjuang fisabilillah untuk melahirkan anak-anak
membesarkan anak- anak dengan serba kekurangan
memberi pendidikan dan keperluan semampu kudratnya..
hatinya besar mahu melihat kejayaan anak-anak
belajar hingga ke universiti
walaupun dia cuma berpendidikan rendah tapi cita-citanya tinggi
anak-anak adalah penyambung cita-citanya
kini, hatinya lega
anak-anak telah mampu berdikari
berkerja dan mempunyai keluarga sendiri
dan menghadiahkan emak 22 orang cucu..


Emak,
jasamu tak pernah terbalas
penat jerihmu takkan mampu dibayar
biar emas permata wang ringgit sebagai sandaran
takkan dapat menandingi pengorbanan dan kasih sayangmu
kecekalan dan ketabahan hatimu amat ku kagumi
emaklah wanita terhebat dihatiku

sempena ulang tahun kelahiran emak
inginku dedikasikan ucapan,
selamat ulang tahun yang ke-63
doaku agar emak diberikan kesihatan, dilimpahi rezeki dan rahmat dari Allah..
semoga emak lebih ceria dan bahagia..
Amin


my emak tersayang..

Saturday, 14 January 2012

Appoinment dentist

kira-kira dah lama saya tak buat rawatan gigi, cabut gigi tak pernah, tambal gigi darjah 3, cuci gigi 2 tahun lepas..betapa tak ikutnya nasihat doktor gigi supaya buat pemeriksaan gigi setiap 6 bulan..lepas tu mengharapkan gigi cantik berseri.. boleh ke?

saya tersedar bila nampak plak gigi dah mula kelihatan dipangkal gigi. dah gosok gigi pun terasa mulut tak bersih lagi. kalau tak kumur listerine lepas gosok gigi terasa nafas berbau. harus la jumpa dentist segera ni. satu- satunya klinik gigi kerajaan yang ada kat putrajaya ni kat presint 9. sebab semalam saya cuti mc, saya pergi sekali klinik gigi ni untuk buat appoinment. orang tak ramai sangat kat klinik gigi tu, harap-harap boleh la cuci gigi kan. rupanya jangan harap okey...dia tak bagi servis walk-in, mesti dengan appoinment jugak.

saya dapat date appoinment untuk cuci gigi  24/5/2012.....5 bulan lagi?
doktor kata sementara tunggu date selalu gunakan flos untuk kurangkan pembentukan plak.hohohoho....sanggup ke nk menanti 5 bulan lagi?

demi masa sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.....
(tu je ingat..)

harus la labur duit ke klinik swasta jugak ni. appoinment ikut kesesuaian masa kita, doktor pun layan baik sesuai dengan caj yang dikenakan..stand by je la duit lebih sikit..itu mesti.

husben pernah cuci gigi kat klinik Izra presint 8, caj rm100.++..emmmm, untung jadi doktor gigi ni kan...


indahnya kalau gigi ku secantik ini...

Friday, 13 January 2012

Saya dan penyakit itu..

Minggu ni 3 hari saya amik MC gara2 mataku bengkak akibat ketumbit @ tembel..
penyakit tradisi ni dah sinonim dengan saya sejak zaman student lagi. asal gi klinik catatan doktor "eye infection". saya pun tak pasti apa puncanya..hormon tak stabil ke? darah kotor ke? atau penyakit saja2 nak menempel.....

pandai pulak dia memilih hari, time husben ada tak nak pulak dia menjelma..time saya dok sorang-sorang time tu lah dia nak keluar yer. kan dah susah saya nak gi klinik sorang2, duduk rumah sorang-sorang, makan sorang-sorang..sedih tau time sakit sorang-sorang..isk isk! kesian kat diri sendiri..

mulanya saya gi klinik Mediviron kat presint 15 untuk rawatan. gi klinik swasta ni kene la bayar mahal sikit tapi jimat masa tak tunggu terlalu lama mcm klinik gov. dari sakit mata tambah sakit hati pulak nanti. lepas check, doktor bagi 3 jenis ubat dan mc 2 hari. kos rawatan rm35..



lepas 2 hari tak surut lagi bengkak mata ni..cam tak berkesan jer ubat yang klinik tu bagi. saya gi klinik gov jugak akhirnya. mana tau mungkin ubat gomen lagi berkesan ke. saya nak try pergi klinik kat presint 3 sebab klinik tu baru dan kata member ofis tak ramai orang lagi..

alhamdulillah, memang tak ramai orang sangat. saya sampai pukul 8.50 pagi ada banyak lagi kerusi kosong. tak sampai sejam dah siap urusan semua.  saya dapat mc lagi sehari dan doktor bagi ubat lagi. lagi banyak 5 jenis ubat! bayar rm1 je untuk pendaftaran. sangat la murah murah dan murah...

dalam bangunan ni klinik kesihatan presint 3,
sebelah bangunan Perbadanan Putrajaya  dan Wisma Tani

pintu masuk klinik
next time kalau sakit boleh la pergi klinik ni lagi...tau dah kat mana lokasinya dan service pun ok..

Monday, 9 January 2012

Ini Fahmi !


Anak siapa pulak yang ni? saya ada ramai anak saudara, yang ni anak abang Amat..
satu-satunya abang saya dan dia tinggal kat Kulai Johor..
Abang Amat ada 3 orang anak - Hanis, Fareid, Fahmi .
Fahmi ni anak yang bongsu...cute kan?


cikwa - fahmi - cikwin

Antara cikwa dan cikwin siapa akan dapat baby dulu?
hahaha...kita nantikan okey.

Sunday, 8 January 2012

Gambar kita..






Bila eh ambik gambar ni? 2 - 3 tahun lepas rasanya...
Masa ni belum kawin lagi tp dah tunang..
cam gedix je sapik kan? hahaha....
membelek-belek album collection dlm lappy ada pic ni..
kelakarnya..
sapik yang kurus, muka panjang, rambut panjang, dahi belum luas..
sekarang? xnak kata la...
nanti dia kecik hati..hihi

Wednesday, 4 January 2012

Azam baru?

Tiap kali tahun baru mesti nak ada azam baru tapi tercapainya idok gak...jadi, tahun ni nak set 1 jer yang saya tak gemar nak ada relationship dengan dia...lagi lama banyak la caj perkhidmatan yang dia nak kutip.

saya nak HAPUSKAN HUTANG PTPTN ! banyak lagi baki dia ni tapi saya dah ada planning baik nak menyetelkan masalah ni....

Option 1 - keluar akaun 2 KWSP
Option 2 - keluarkan dividen ASB
Option 3 - dapat skim pencen, boleh keluarkan semua simpanan KWSP



maka dengan ini saya berjanji pada diri sendiri...by the end of 2012,
Baki Keseluruhan Pinjaman = RM00
.

ye, satu tu jer azam tahun 2012 ni. hapus hutang PTPTN dan kita putus hubungan terus...END

Games Fish!












Pasti meronta-ronta hati suamiku melihat posing-posing begini...panas panas panas ! hehehe..ape lagi sila la booking Che Wan kat Rompin tu kalau nak menduga si layaran ni.. tapi apa yang saya tahu musim layaran september - november je kan?

husben saya part time fisher, bila cuti dia akan cari peluang ke laut menemui cintanya..
next trip i nak teman u memancing layaran...bila boleh pergi? tetiba je perasaan ingin rasa itu datang......